imageSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan satu garis panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go sambil menggesa mereka yang bermain permainan itu untuk sentiasa peka dengan keselamatan sekeliling dan sensiviti masyarakat setempat.

Keputusan mengeluarkan garis panduan keselamatan umum itu juga bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti rompakan, kecurian ataupun kecederaan.

Garis panduan keselamatan Pokemon Go yang dikeluarkan mengandungi beberapa panduan atau tip-tip kepada pemain antaranya mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi mereka, menghormati sensitiviti tempat-tempat beribadat, peringatan untuk tidak memasuki ke kawasan-kawasan larangan yang merbahaya dan kewaspadaan terhadap individu yang tidak dikenali.

Turut ditekankan dalam garis panduan keselamatan itu ialah keperluan untuk pemain untuk berwaspada dengan penipuan yang boleh berlaku baik secara dalam talian mahupun di luar talian. Ini kerana, sebarang penggunaan aplikasi untuk memuatnaik permainan Pokemon Go mungkin mendedahkan para pemain kepada serangan penggodam atau malware.

image

10 Panduan Keselamatan Semasa Bermain Pokémon Go

1)Lindungi Maklumat Peribadi Anda
Permainan ini mengkehendaki anda untuk mendaftar dan berkongsi maklumat peribadi selain menggunakan lokasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Pertimbangkan sama ada anda sanggup untuk mendedahkan maklumat peribadi anda.
Ibu bapa juga seharusnya sedar bahawa data anak-anak mereka diambil ketika bermain Pokémon Go.

2)Waspada akan penipuan dalam talian dan luar talian
Berhati-hati dengan aplikasi mudah alih yang palsu dan peralatan mencurigakan yang berada dalam talian dan ditawarkan kepada anda. Ini kerana, aplikasi sedemikian mungkin mendedahkan anda kepada ancaman penggodam atau malware.

3)Pantau jumlah wang yang anda belanjakan ketika melakukan pembelian melalui aplikasi mudah alih, ia mungkin menelan belanja yang tinggi
Terdapat pembelian yang boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dan insentif-insentif lain, yang harganya boleh mencecah USD99.99 atau RM403.86 (untuk 14,500 syilingPoke). Justeru, sentiasa sedar apa yang anda belanjakan.

4)Sambungan Data
Pokémon Goakan menggunakanGPS dan sambungan data (Wifi atau data mudah alih, sama ada 3G ataupun 4G) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan sekitar anda dan ini berkemungkinan menjejaskan kuota data mudah alih anda.
5.Bawa bersama bateri tambahan untuk telefon anda
Pokémon Go akan memakan banyak bateri telefon anda. Oleh yang demikian, bawalah bersama cas bateri atau sumber kuasa dan bersedia untuk menghubungi anggota keluarga jika berlakunya kecemasan.

6)Jangan masuk ke kawasan merbahaya atau kawasan-kawasan larangan ataupun tempat-tempat beribadat, hormati privasi kawasan-kawasan berkenaan
Jangan merayau atau memasuki ke kawasan merbahaya dan kawasan-kawasan larangan ataupun tempat-tempat beribadat dalam usaha anda untuk menangkap Pokémon.

7)Waspada dengan individu yang ingin berjumpa dengan anda
Jangan bermain secara bersendirian atau bersetuju untuk bertemu dengan individu yang tidak dikenali ketika bermain permainan tersebut.

8.Berhati-hati semasa bermain dan jangan menunggang basikal mahupun motosikal, ataupun memandu kereta ketika menggunakan telefon anda
Berhati-hati semasa menggunakan telefon anda dan janganmenunggang basikal ataupun motosikal mahupun ketika memandu kereta, termasuk ketika anda bermain Pokémon Goatau menghantar teks pesanan kepada rakan-rakan dan anggota keluarga anda.

9)Mana-mana pihak yang mempunyai kebimbangan mengenai isu keselamatan dan sensitiviti permainan Pokémon Goharus menghubungi pihak yang membangunkan permainan berkenaan di alamat seperti berikut:-

image

Niantic, Inc.
2 Bryant Street
Suite 220, San Francisco, CA 94105
Amerika Syarikat
Laman sesawang: http://www.nianticlabs.com

10) Melaporkan Terhadap PokéStop atau Masalah-Masalah Gym
https://support.pokemongo.nianticlabs.com/hc/en-us/articles/221968408-Reporting-PokéStop-or-Gym-Issues

Ini merupakan Garis Panduan umum. Pemain-pemain Pokémon Goadalah dinasihatkan untuk mematuhi panduan atau nasihat yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan yang lain.

SUMBER : MCMC