Huawei P9 adalah kamera pintar terbaharu keluaran Huawei Technologies yang menawarkan kamera belakang dengan dwi lensa hasil kerjasama dengan jenama kamera premium, Leica.
Telefon pintar yang fokus kepada pengguna yang gemar merakamkan gambar ini menawarkan kamera belakang dengan dwi lensa 12 megapixel dan kamera depan 8 megapixel yang menghasilkan imej yang berkualiti.
Peranti dengan paparan skrin HD penuh bersaiz 5.2 inci ini hadir dalam dua variasi iaitu RAM sebesar 3GB dengan muatan storan dalaman 32GB dan RAM sebesar 4GB dengan muatan storan dalaman 64GB. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 955 dan hadir terbina dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.
Huawei P9 dibekalkan dengan kapasiti bateri 3000mAh dan menggunakan sokongan pengecasan berasaskan port USB Type-C.