Samsung hadir dengan edisi terhad telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S7 Edge yang bertemakan watak popular komik DC, Batman.Samsung Galaxy S7 Edge Injustice Edition mempunyai spesifikasi yang sama dengan Samsung Galaxy S7 Edge biasa tetapi hadir dengan warna hitam dan sedikit perincian warna emas serta logo Batman dibahagian belakang.
Edisi istimewa ini juga turut menawarkan Gear VR (Black Edition), casing (Injustice Edition), serta kandungan dan perkhidmatan eksklusif didalam set Samsung Galaxy S7 Edge Injustice Edition.

Injustice Edition   Events   The Official Samsung Galaxy Site
Hanya 500 unit ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan Samsung Galaxy S7 Edge Injustice Edition boleh dipesan secara online di http://www.samsung.com/my/gs7injustice bermula pukul 10:00pagi, 17 Jun 2016 pada harga RM 4,099.